7 Februari 2012 - 20:30

Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait menjelaskan, "Kemenangan, kegemilangan umat Islam Iran, kerohanian dan ajaran Syiah terhutang budi dengan kewujudan Imam Khomeini."

Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait menjelaskan, "Kemenangan, kegemilangan umat Islam Iran, kerohanian dan ajaran Syiah terhutang budi dengan kewujudan Imam Khomeini."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Muhammad Hasan Akhtari dalam majlis Pembaharuan Perjanjian Pekerja Majma' Ahlul Bait dengan Pengasas Republik Islam Iran di makam Imam Ruhullah Al-Khomeini berkata, "10 Fajr (sepuluh hari kejatuhan Shah Iran setelah Imam Khomeini kembali dari buangan) tahun ini seperti tahun 57 di mana ia bertepatan dengan bulan Rabiul Awwal, kelahiran Rasulullah dan kelahiran Imam Ja'far."

Beliau menambah, "Kebangkitan Imam Khomeini mencapai kejayaan di mana Rasulullah (s.a.w) juga mencapai kemenangan, dan beliau juga membentuk negara Islam seperti mana di semenanjung tanah Arab dahulu, iaitu bertepatan dengan permulaan kurun ke-15 Hijrah. Persamaan zaman ini menakjubkan dan menarik perhatian".

Hujjatul Islam Akhtari menerangkan bahawa kita dapat menyaksikan kemenangan dan kebangkitan Islam dalam hari-hari ini di berbagai lokasi di mana ia semakin berkembang setiap hari.

"Alangkah gembiranya kita menyaksikan setiap hari makam Imam Khomeini dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat."

Beliau menjelaskan, "Kemenangan, kegemilangan dan kebanggaan umat Islam Iran, kerohanian dan ajaran Syiah di zaman ini adalah terhutang budi dengan kewujudan Imam Khomeini."

Hujjatul Islam Akhtari menambah, "Andainya nama Islam diperkenalkan dari lokasi dunia yang jauh, namun berkat dengan kewujudan Imam Khomeini dan khalifah setelah beliau hari ini Ayatullah Al-Uzma Khamenei, panji-panji beliau dipacak dengan teguh dan berani sambil berdiri menghadapi kuasa angkuh dan mustakbirin dunia."

Beliau menegaskan, "Hari ini berkat Revolusi Islam Iran, kita saksikan pemimpin kuasa angkuh dunia seperti presiden Amerika bukan hanya tidak popular di kalangan masyarakat dunia, bahkan ia tidak popular juga di kalangan rakyatnya sendiri."

Hujjatul Islam Ahktari di akhir ucapannya menyatakan harapan agar masyarakat Iran meneruskan apa yang mereka lakukan sekarang ini dengan perlawanan, berdiri teguh dan revolusi Islam dihubungkan dengan kebangkitan Imam Mahdi (a.s).